Hidangan Nasi Bambu

Cara membuat Nasi Bambu Inuyu[5] iaitu,Sebelum memproses beras melekit, anda hanya perlu merendamnya dalam air semalaman. Langkah ini bertujuan untuk menjadikan nasi lebih lembut dan cepat masak. Langkah seterusnya kukuskan nasi melekit sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan untuk kegunaan kemudian. Tumbuk bawang merah dan goraka (halia) dengan pengisar. Kemudian tumis bersama serai dan daun limau purut bersama sedikit minyak masak. Tumis hingga naik bau dan warna berubah sedikit. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan tuangkan santan. Masak sambil dikacau hingga mendidih.

Setelah santan mendidih, barulah masukkan beras ketan yang telah dikukus tadi. Masak sambil masih dikacau sebati kemudian biarkan sehingga santan meresap ke dalam beras likat. Akhir sekali, sediakan buluh yang telah dipotong-potong. Balut beras ketan dalam daun pisang kemudian diikat dengan kayu. Seterusnya masukkan ke dalam buluh, kemudian bakar dengan asap api selama beberapa jam sehingga masak.

Untuk menghidang, boleh potong Inuyu kepada beberapa bahagian seperti kek beras. Kemudian hidangkan bersama ulam dalam bentuk daging proses Halal. Anda juga boleh menghidangkan nasi bambu Inuyu ini terus tanpa lauk. Rasanya sedap dan mempunyai aroma yang harum.[6]